Secret
| welcome to my Blog | Follow ? | Go back home ? |




Surat Buat MAK! ♥
Sunday 3 March 2013 , 7:34 pm , 0 comments
Assalamualaikum !!!

Hey hoi hai :D Hahaha. Di sini aku mahu sharing cerita dekat korang. Alaaa. Ni pasal seorang anak buat surat untuk mak dia. Cerita ni aku baca mula mula gentle sedih! Korang try lah baca sampai habis k ;) Pastikan korang sediakan satu packet kotak tisu xD Kalau tak cukup untuk tampung airmata tu. Pergi ambil baldi siap siap. Hehehehe..

*okay kita start*

Mak...
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari. Dah hampir sepuluh bulan mak pergi. Rasanya baru semalam mak peluk kita kan? Sejuk syahdu masih terasa lagi ni. Mak tau tak? Itulah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kita dewasa. Dan itu juga terakhir kalinya. Ermm.. Rupanya mak dah tahu mak nak pergi jauh.. Nak tinggalkan anak anak mak... Nak tinggalkan dunia yang fana ni. 

Mak macam dah bersedia. Seminggu sebelum itu mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai. Kakak kata sampai ke pagi mak anyam tikar itu. Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih. Kakak pun rasa hairan... Mak tak pernah buat begitu. 

Lepastu, mak pasang radio kecil di sebelah mak. Tapi, mak seolah olah tidak sedar bahawa rancangan radio itu siaran siam. Kadang kadang siaran Indonesia. Mak terus tekun menganyam... Rupanya tikar yang telah mak siapkan itu digunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...  Lepastu, mak sapu sampah sekeliling rumah bersih bersih. Mak jemur karpet. Mak ubahkan sofa ke tempat lain. Mak biarkan ruang itu kosong.... Rupanyaa... Dekat situ jenazah mak di letakkan..

Paling menarik sekali mak bagi tahu dekat mana semua duit dan barang kemas mak. Barang barang tu semua ada dekat dalam almari, dalam beg, dekat ASB, dalam Tabung Haji. Mak cakap tak berapa cukup lagi ada dekat dalam gulung tikar... Masatu mak perasan tak? Kita gelak sakan bila mak bagi tahu duit dalam gulung tikar. Kita kata mak ni memang pesen lama lah. Mak cuma gelak je. Ermmm.. Bahagianya saat itu :')

Mak...
Haritu hari Sabtu pukul 3 petang mak tiba tiba sakit perut. Bila malam kita sampai di KL. Mak dah dalam kesakitan. Kakak dan abang dekat kampung semua dah pujuk. Mak tetap tak mahu pergi hospital dan cuma tinggal giliran kita saje yang belum pujuk mak. Mak kata mak tak mahu duduk dalam hospital. Tapi, kita berkeras juga pujuk. Nanti di hospital ada doktor. Ada ubat untuk mak. Dekat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut saje! Mak tetap tak bersetuju... Mak memang degil... Tak salah, anak mak yang ni pun ikut perangai mak jugak. Tapi, akhirnya bila tengok keadaan mak makin teruk. Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pun sakit... Kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital..

Mak...
Ampunkan kamu semua. Kami nak mak sihat. Kami sayang mak. Kami tak mahu mak sakit. Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital. Ampunkan kami ye mak. Malam tu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kita. Masih terbayang bertapa cerita dan gembiranya mak, kita kata nak beli kereta.. Mak asyik tanya je. "cukup ke duit?" Kita jawab pulak kalau tak cukup mak kan banyak duit. Mak gelak je :'D

Lepastu, bila kereta kita sampau, Mak buat kenduri kesyukuran dan kita masih ingat lagi. Bila kita accident terlanggar Ah-Chong naik motor. Punya lah kita takut. Kita warning dekat kakak jangan sesekali bagitahu mak. Bila balik je kampung. Kita cepat cepat simpan kereta dalam garaj. Tapi, mak perasan jugak bumper depan kemek. Mak tanya kenapa? Slamber kita jawab terlanggar pokok bunga.

Mak...
Tujuan kita menipu tuu supaya mak tak risau. Maafkan kita mak sebab sampai mak pergi pun mak tak tahu hal sebenar :'( Mak! Kita tipu mak kan? Ampunkan kita mak.. :'( Jam 4.30 pg 19/8. Bila tiba saja dekat hospital, nurse tengah balut mak dengan kain putih. Mak mesti nampak kita jatuh terduduk di lantai hospital. Mak mesti nampak abang cium dahi mak. Mak mesti nampak adik terduduk dekat kerusi sudut tu. Mesti mak nampak semua tu kan kan...?? :'(

Mak tahu tak?
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kita memandu dalam keadaan separuh sedar. Adik dekat sebelah diam melayan perasaan. Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ni. Jalan di depan terasa makin kelam. Airmata dah tak mampu untuk di tahan. Masatu, seandainya terjadi apa apa di jalan tu kita rela... Namun, Alhamdulillah akhiranya kita sampai juga. Disebabkan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang...kosong.. Sekosong hati ni. Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh tu lain benar suasananya. Terasa syahdu dan sayu...

Mak...
Kita masih ingat lagi waktu kita baca Al-Quran dekat tepi mak...teman kan mak.. Jam 11 pagi mak di mandikan. Anak anak mak yang pangku mak masa mandi. Mak mesti rasa bertapa lembutnya kami menggosok seluruh tubuh badan mak. Kita gosok kaki mak perlahan lahan. Mak perasan tak? :') Makcik yang madikan mak tu pujuk kita.. Dia kata "dik.. jangan lah nangis lagi. Kalau sayang mak jangan buat begitu. Jangan nangis ye.." Bila makcik tu kata beegitu... Lagi lah laju airmata ni jatuh. Tapi, kita kawal supaya tak menitis atas mak...

Mak...
Sampai sini saje surat ni kita tulis... Kita nangis mak... :'( Ni kita dekat dalam bilik baru pukul 4 pagi. Tak ada orang yang bangun lagi. Kita dengar nasyid tajuk "Anak Soleh" kita sedih mak :'( KITA RINDU MAK!! Takpe la.. Nanti bila kita selesai solat subuh, kita baca yassin untuk mak. Mak tunggu kita ye! Mak... Sebelum muka mak di tutup buat selamanya, semua anak anak mak mengelilingi mak. Tatap wajah mak buat kali terakhir... Semua orang kata mak seolah olah senyum saje.. 

Mak rasa tak? Masatu kita sentuh dahi mak.. Kita rasa sejuk sangat bila sentuh dahi mak. Kita tak mampu nak cium mak. Kita tak daya.... Kita tuliskan kalimah tauhid dekat dahi mak dengan air mawar. Airmata kita tak boleh tahan. Mak mesti ingatkan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak. Tapi, kita suruh tok imam bacakan doa sebab kita sebak... :'( Jam 12 tengahari mak di usung keluar dari rumah.. Kakak pula dah terkulai dalam pelukan makcik. Badan kakak terasa panas... Mak!! Anak mak sorang ni demam... 

Mak tahu?
Cuma kakak sorang je anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. Mak.. Setiap hari kita lalui tanpa kewujudan mak lagi :'( Begitu terasa kehilangan mak. Boleh dikatakan setiap malam selepas maghrib anak mak ni berendam airmata... Dan sampai satu tahap, masatu malam jumaat lepas maghrib. Lepas kita baca Yassin dengan kawan kawan. Entah kenapa bila kita dekat bilik, kita keluarkan gambar gambar mak lepastu apa lagi... Semakin kita renung terasa semakin sayu.. Tangisan tak dapat di bendung :'( :'(

Mak tahu?
Kita cuba bertahan. Memujuk diri sendiri tapi, tak juga redaa. Kita rasa nak telefon mak! Nak cakap dengan mak! Anak mak yang ni dah tak betul kan? :'( Dan akhiranya dalam sedu sedan itu kita telefon kampung. Kita cakap dengan kakak. Kita nangis lagi. Puas lah kakak pujuk kita. Kakak kata "tak baik lah nangis je! Doa lah untuk mak..." Dan akhirnya kakak jugak menangis :'( Mak tahu tak?
Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati. Rasa nyilu sangat! Menusuk nusuk sehingga tersa begitu sakit dalam dada ni. Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma, hanya sedekah Al-Fatihah kita berikan...

Mak...
Cukup lah sampai di sini dahulu. Kawan kita dah ketuk pintu bilik tu. Kejap lagi kami nak pergi solat subuh dekat masjid. Selalunya, kita yang bawa mak naik motor kan? Kali ni kita jalan kaki dengan kawan pula. Esok kita ingat nak tulis surat untuk ayah pula. Mula mula kita tak tahu nak hantar mana surat ni. Lepastu, kawan kita bagi tahu... Simpan je buat kenangan.. Kita cuma tahu alamat ni je. Takpe ye mak. Kita kasi orang lain baca :') Kita stop dulu tau. Sebab kawan kita dah lama tunggu tu. Akhir kata untuk mak...
KITA SAYANG MAK SANGAT SANGAT!!!
Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kita. Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah. Sampai masuk universiti. Sampai kita boleh rasa naik kapal terbang. Boleh rasa duduk dekat negara orang :'D Sampai akhir hayat ni jasa mak tak kan mampu kita balas.

Sekian, terima kasih.
Yang benar... Anak mak yang dah tak degil ni (':

-THE END-

Haaa amacam? Sedih kan? Hmm btw, ni aku amek part tengah tengah. Aku tak amek dari first. Tapi, ni pun dah buat hati aku tersentuh. Gentle sedih gila! :'( Aku turut menangis baca ni. *jujur k jujur* Korang yang baca ni jagalah parents korang ye. Bila diorang tak ada di sisi kita. Mungkin korang rasa mcm dalam cerita ni. k lah. Ni je entry aku harini. Assalamualaikum..

Terima Kasih Sudi Membaca Dan Mengusha

Older >> | Newer >>