Secret
| welcome to my Blog | Follow ? | Go back home ? |




Tanda Tanda Lelaki Benar Benar Jatuh Cinta ♥
Saturday 22 September 2012 , 6:57 pm , 0 comments
Assalamualaikum !!!

Hey guys ;) Selamat Malam Semuaaa !! ^______^ Heee~ Korang sihat tak ni? Oh bagus lah Alhamdulillah kalau korang semua sihat saje. Aku pulak tetibe harini demam+selsema pulak en. Tu yang ada je benda yang aku nak bukak. So, dah berapa lama aku tak sign in blog aku ni. Baru harini aku on. And aku ada benda nak bagitahu korang ni. Nak tahu takk? Alaa. Title apa? Kan dekat atas tuu dah ada. Hehe. Okay okay. Aku bagitahu k. Korang mesti nak tahu kan apa Tanda-tanda Lelaki Idaman Korang Benar-benar Jatuh Cinta  Haa ni lah aku nak bagi tahu. Di antaranya ialah:

1. Dia bersungguh sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan sebab terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya sebab dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya sebab perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengaasi pergerakan kekasihnya sebab dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif bila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadapnya.

9. Ada kalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian sebab dia mahu kekasihnya melayan nya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saje.

11. Dia pandai merajuk sebab ingin di pujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan menggelabah bila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia selalu bertanya "adakah kekasinya mencintainya sebab dia rasa kasih nya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengan nya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya even, terpaksa tunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau di tinggalkan kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Bila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuad apa saje untuk merebut balik kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling di percayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawa nya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun kalau dia bebuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya. 

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya sebab seorang perempuan yang dia sayang.

P/S: Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya sangatlah mengejutkan k. Hati lelaki yang kite (perempuan) ni biasanya anggap keras, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas bila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bukan itu je, lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buad apa saje untuk kekasihnya  Sekeras mana pun hati lelaki, ia akan mengalirkan airmata bila hatinya di lukai. So, kalau korang nak tengok lelaki menangis tersangat sangat lah susah k. Hahaha senang cerita korang jangan mimpi lah nak tengok lelaki menangis dengan senang :D Betul tak wahai kaum Adam? Heee  So, kepada kaum hawa. HARGAILAH LELAKI YANG BENAR MENYAYANGI ANDA ^_^ *termasuklah saya* kihkihkih. Byee 

Terima Kasih Sudi Membaca dan Mengusha

Older >> | Newer >>