Secret
| welcome to my Blog | Follow ? | Go back home ? |




Ampunkan Dosa Ku Ibu :'(
Wednesday 1 August 2012 , 9:54 pm , 0 comments
Assalamualaikum!!!

Hmm :'( *eh kenapa dengan aku? k.. Aku ada masalah sebenar nyee. And aku sunyi sangat sekarang ni. Aku harap apa korang baca ni jadi kan lah pengajaran k. Walau apa pon berlaku korang sentiasalah kena ingat yang korang hanya sementara di dunia ni. Dan kite semua hanyalah insan yang lemah. Tak ada sape yang perfect atau boleh lari dari balasan-NYA.

Act, pagi tadi ibu aku kejut bangun sahur tapi, aku tak bangun pon and aku cakap aku tak nak sahur. Pastu, ibu aku kejut lagi sekali sebab nak suruh aku mandi en siap siap pergi sekolah. Tapi, aku susah gilaaa nak bangun :3 Aku tak tahu lah kenapa. Then, ibu aku panas hati gilaaa sampai dia dah bangun kan aku , dah duduk kan aku. Aku lagi mengundang dia lagi. Ibu aku bising lah kan. Normal lah hati seorang ibu kan mesti sakit hati bila dah macam tu. Ibu aku babitkan dengan laptop. Nak suruh kakak aku bawak laptop lah apa lah biar tak kasi aku main laptop lagi. Benda aku dah tidur awal semalam. Tetibe ibu aku kata aku susah nak bangun pagi sebab online sampai pagi pagi buta.

Aku pulak pergi lepas semua nya sebab dah tak boleh nak kawal diri aku. Sampailah ibu aku tarik rambut aku then pukul badan belakang aku 3 kali sampai terasa jugak lah jantung nak terkeluar. Kakak aku halang ibu aku dari terus pukul aku. Then, ibu aku marah sangat sampai dia kata "pergi mati lagi bagus laa daripada menyakitkan hati!! Dari kecik memang menyakitkan hati orang jee lah kau ni!!" Aku terdiam terus dekat situ dan menangis ! :'(  Ya Allah! Berdosa nya aku dekat Ibu ku :'( Aku tak tahu nak minta maaf macam mana. Ibuuu!!! Nely minta maaf!!! 

Seharian ni aku tak bertegur langsung dengan ibu aku. Sampaikan buka puasa tadi pon aku tak turun makan. Aku tidur! Ayah aku kejutkan pon aku buad bodoh jee. Aku rasa bersalah sangat and nak pergi minta maaf tapi, aku takut aku ingkar janji janji lagi :'( Terasa gilaa dengan ayat tuu. Hari ni memang rasa sunyi gilaa. Aku tak ada tempat nak luahkan perasaan ni. Kalau dulu, orang yang kedua aku sayang (selain family) selalu ada dengan aku. Selalu temankan aku and dengar semua luahan aku. Sekarang?? Aku dah tak ada semua tuu.

Aku tak tahu macam mana nak berhadapan dengan ibu aku. Aku bersalah sangat!!! :'( Ibuuu.. Nely Minta Maaf Sangat Sangat buuu!!! Aku jadi macam ni sebab aku terlalu pikirkan masalah yang remeh :'( Aku dah berdosa dengan ibu aku. Bodoh nyee aku ni!!!! Aku terlalu pentingkan diri sendiri sampai tak pikir hati dan perasaan orang yang paling penting dalam hidup aku iaitu Ibu ku :'( Ibuuu! Nely Sayang Ibu!! 

P/S: Aku harap korang yang baca ni faham lah keadaan aku sekarang. Aku terlalu serabut! Yee! Memang aku bersalah sebab aku ANAK! Dan tanggungjawab seorang anak mesti taat pada ibu bapa. Syurga bawah telapak kaki ibu. Yee aku tahu semua tuu. Aku baru sedar sekarang. Aku akan minta maaf jugak dekat ibu ku sebelum terlambat. Korang semua doakan kebahagiaan aku duluu datang balik k. Doakan aku jadi anak yang solehah k. Insyaallah Amin!! Thanks sudi baca luahan aku :') Assalamualaikum....

Terima Kasih Sudi Membaca dan Mengusha

Older >> | Newer >>