Secret
| welcome to my Blog | Follow ? | Go back home ? |




Lost World Of Tambun , Perak ^_^
Sunday 10 June 2012 , 7:46 pm , 0 comments
Assalamualaikum !!!

Hey hey ^_^ Apa khabar kah anda semua? Oh Alhamdulillah. Moga semua baik baik ye :) Ehem. Saya di sini mau ceritakan pasal cuti minggu sekolah ni. Pada Jumaat semalam, saya dan sekeluarga bercuti di Lost World Of Tambun kk. Nampak? Sungguh seronok ye ye kami sekeluarga. Mula mula saya dan kakak cadangkan pergi bercuti tapi, pilihan yang kitorang buad hanya 2 sahaja iaitu sama ada Gambang atau pon Lost Wolrd. Okayy. Teringin di situ ye ye. And then , ayah pon memilih Lost World sebab agak dekat daripada Gambang ye.. So, pergi hari Jumaat balik Sabtu malam >.< Walaupon sekejap, kami tetap seronok sekeluarga. 

Okay dah semua setuju, so gerak lah pada Jumaat petang dalam pukul 3 tak silap. And then , duduk dalam kereta macam biasa lah confirm sakit pinggang bebagai. And boleh pulak ada kemalangan so, jalan jem. Oh mai! Lori terbalik pulak. Nasib lah driver tuu tak pape. So, sampai ke destinasi dalam pukul 6. Okayy. Dah sampai hati mula rasa seronok dan tak sabar sangat k. Dah check in hotel. Aku terus lending atas katil dan ahhhhhh. Selesa gituu. Aku memang penat gila lah kan *macam aku je yang drive :3 Tapi, memang duduk dalam kereta menyiksakan jiwa xD Hahaha. So, pada malam tu kitorang semua rest secukup nya. 

Pada Sabtu pagi, aku orang first bangun. Haaaa nampak tak nampak tak? Punya excited aku nak pergi gegar Lost World. Kuikuikui. Bangun bangun je terus kejut kakak and ayah aku. Rupa nya diorang pergi sarapan dulu then, dalam pukul 10 baru boleh gegar Lost World. Hee. Aku semangat sangat terus kemas kemas beg sebab nak terus check out jee nanti. So, rajin lah kemas kemas semua nya kan. Ada masa lagi aku sempat online. Tengok jam dah pukul 10 pagi. Naaa terus jerit bagi tahu ayah aku "jom gerak dah pukul 10" ^___^ Ayah aku pon siap siap. Heee~ Dan itu lah cerita nya. Memang excited tak terhingga lah. *macam tak pernah mandi tempat macam tu jee :3 Hahaha.

Dah beli tiket , kitorang masuk lah kan. Terus terjun meyh. Hahaha. Puas mandi manda kitorang jelajah lah satu Lost World tuu. Masuk Zoo , tengok show Harimau , Ziarah tempat tempat Sejarah and macam macam lagi lah. Heee. Oh ya kakak aku kan pegang ular menjerit jerit dekat situ. Haha bapak kelakar lah tengok gelagat dia. Disebabkan suara dia lah ramai orang berhenti dekat tempat ular tu. Semua nak try pegang tapi malang nya PENAKUT xD *cakap orang padahal aku pon takut. Hihhi. Aku pegang kulit ular tu pon dah menjerit jerit geli siot. Brrrrr. K laa. Dah tak ada apa nak ceritakan. Jom lah tengok gambar :D

Kiri: Aku dan my ibu :)
Kanan: Kakak aku :D
Peace!! ^^Y
Haa jemput lah naik. Ada satu kosong ni :D
My Ayah :*
Kesian aku tak dapat naik, snap gambar pon jadi lah :3
Tiada keretaku bawa kau jalan jalan , 
Motor ku pun tiada ada pon basikal tua. Heee ^^Y
Kanan: Gajah Tipu jee. Haha.
Kiri: Jyeah! Pekebun orang Perak :3
Atototo. Comel kan aku? Harharhar.
*k sakai =='
Haa tengok tu Harimau mandi. Aww COMEL jee kan :*
Burung Merak. Cantik gilaa la :)
Apa erk nama binatang ni. Aku pon lupa daa :3
Haa ni lah landak. Wohooo. 
Seram aku tengok dekat dekat :3
Haa ni pulak nama gelaran dia ARKUS iaitu
sejenis binatang kacuk Arnab dan Tikus :D
Kanan: My Ibu *happy nyoo lah dia. Hehe
Kiri: Aku dan My kakak :*
Wuuu~ Seronok woi mandi manda :D 
Enjoy habissssss >.<
Hahaha muka time nak balik. Penat gila!
*k sakai =='
Lost World Of Tambun memang BEST (Y)

-THE END-

Terima Kasih Sudi Memabaca dan Mengusha

Older >> | Newer >>